Di USPi Tanjung Malim terdapat pelajar DPLI(Diploma Pendidikan Lanjutan Ijazah) and ISMP(Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).Ismp adalah pelajar yang pada asalnya memang pelajar di UPSi manakala DPLI adalah pelajar yang sudah pun mempunyai ijazah dlm bidang masing-masing di universiti berlainan.Aku sendiri lepasan Ijazah Komunikasi Massa di UiTM.
Sejak dulu lagi terdapat isu tegang di antara dua kumpulan ini.Bagi ISMP kami adalah pelajar yang kurang ajar dan manja dan sebaliknya.
Pada aku tidak sepatutnya timbul isu sebegini kerana yang penting niat kita semua nak jadi cikgu, sebahagian pelajar ISMP tidak berpuas hati kerana pelajar DPLi pengajiannya adalah hanya setahun dan ditaja sepenuhnya Kementerian Pendidikan sedangkan mereka terpaksa belajar hampir 4 tahun menggunakan wang pinjaman PTPTN.
Aku paham perasan mereka, ialah aku dtg ni pun tumpang Universiti mereka dan mengambil tempat mereka dan degree mereka susah nak cari kerja bidang lain.
Aku pun bukan tak pernah melalui zaman susah sewaktu belajar kat UiTm dulu.
Ramai yang komen mengatakan staf dan Lecturer sendiri kata student macam kurang ajar, tetapi dlm kelas aku tiada perkara sebegitu berlaku.Malah kami rapat dengan lecturer kami.
Bagi aku apa yang membezakan seseorang itu adalah individu itu sendiri bukannya DPLI atau ISMP.Aku ada berkawan dengan few p[elajar ISMP dan aku suka berkawan dengan mereka cuma mungkin ada segelintir yang kurang matang.
Malah DPLI juga terbahagi kepada dua puak GSTTK dengan Pengalaman Kerja.GSTTK (guru sandaran tak terlatih) adlah bekas guru yang menjadi guru kontrak selama beberapa tahun manakala yang selebihnya berpengalam kerja bidang koprat.
Aku kat sini belajar pendidkan moral, teringatlah aku peristiwa ada satu perempuan ini membentah ckp lecturer dan aku tak tahan ending dia yang ckp guru GSTTK lebih bagus menjadi guru.AKu pun apa lagi sambil berdiri dan bercerita lah akui mengenai kerja2 aku sebelum ini.
Aku tanya kan pada cikgu tu tahukan dia apa itu ecstacy? dia jawab ..YA. Aku tanyakan lagi apa itu ecstacy and apa jadi kalau makan? Tetapi cikgu tu cuma ckp effect khayal sahaja dan adalah benda merapu sikit.
Aku bukan nak berbangga kerana tinggal di KL tetapi apa yang cuba nak aku sampaikan wlaupun aku tiada pengalaman mengajar tetapi aku ada pengalaman hidup selama aku tinggal di kota metropolitan yang boleh aku kongsi dengan student2 aku rasa even better dr skill yang dia ada.Bagi aku skill can be acquired by practice but experience dtg sendiri.
Macam aku cakap nak jadi cikgu ini bergantung keikhlasan dan kerja keras seseorg individu bukan background kamu, masing-masing ada kelebihan masing-masing.
God Give ME Guts and Grace
Friday, October 2, 2009
Thursday, October 1, 2009
Keunggulan Hijau Menandingi Merah,Biru dan Kuning
Pada hari ini ada perlawanan sukaneka kumpulan 2o kelas ko-k.Antara acara yang diadakan adalah Semakin Jauh Semakin Sayang,Sulaman Kasih,Boling Kelapa dsbnya.
Di awal pertandingan boling kelapa tu kumpulan aku dpt last sekali sb tak satu botol pun jatuh, dlm acara kedua pun anyaman ketupat pun dapat last.Aku terfikir ini tak boleh terjadi nie, jadi aku pun masuk acara lari bawa sudu dan bola pingpong dan akhirnya dapat juga nombor satu,acara-acara seperti mkn tembikai semua pun kalah.
Johan keseluruhan kumpulan biru,tetapi apa yang penting kami dapat mengeratkan lagi hubungan kami sesama kelas.
Adegan lucu aku dan cikgu Ros Atiah mendapat perhatian semua apabila dalam acara rantaian kasih kami dapat membuat rantaian yang terpanjang tetapi main tipu di last minit jadi jatuh tempat ketiga.
Dlm entree ini aku tak dapat upload semua pic kerna x dpat lagi kumpul. Nantikan gambar-gambar yang lain.
Dlm entree ini aku tak dapat upload semua pic kerna x dpat lagi kumpul. Nantikan gambar-gambar yang lain.
Monday, September 28, 2009
You Can Shine
Mesti ada diantara anda yang tersentuh emosi tatkala melihat iklan ini- mengisahkan gadis bisu dan pekak yang berjaya belajar bermain violin wlpun dipandang rendah masyarakat.
Aku tertarik dengan komen yg dibuat oleh seseorang di youtube yg mengatakan iklan ini menipu org kurang upaya dengan memberi gambaran perkara yg mustahil dilakukan mereka yang akan membuatkan mereka lebih tersisih dari masyarakat.
Aku kurang setuju, golongan ini lebih berazam untuk berjaya dari org biasa dan wlpun kurang upaya namun ada kelebihan yang Tuhan berikan kepada mereka dan tidak mustahil ada yg boleh bermain violin wlpun pekak dan bisu.
Bagi aku mereka boleh buat apa yang kita boleh buat..and to acquire the skills, what they need is the external event that come in form of practice.
I'm sure most of you heard of Helen Keller , a girl that is blind , mute and dumb since birth that manage to be thought the sign language and surviving skills.
Apapun aku bersyukur lahir lengkap anggota,wlupun sblm ni aku tak bersyukur kerana tidak dilahirkan dgn wajah yang tampan tp setiap manusia itu ada kelebihan masing2.Aku masih lagi mencari kelebihan aku , semestinya bukan nyanyian.
Saturday, September 26, 2009
Inspirasi Abadi - Memoirs of Farez
Sepanjang Perjalanan Kembara Hidupku, kamu adalah teman2 rapat yang sentiasa ada menemani aku di kala susah atau senang.Terimbas kembali zaman masa kita bersama kadang-kala terasa kelakar.
Nota kaki: Kepada teman2 lain yg tiada di gambar , bukan apa tapi xjumpa lagi gambar sesuai.Kamoo semua pun ada di hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)