Saturday, September 26, 2009

Aku Penghalang Impianku

Dewasa ini, aku mula menceburkan diri dalam bidang kerja-kerja amal ini, sememangnya aku dah lama impikan nak ada yayasan sendiri seperti Siti Nurhaliza (nurjiwa) atau Tyra Banks.

Di UPSI ni, kami agak disisihkan dari program universiti kerana hakikatnya DPLI hanyalah pelajar tumpang.Aku agak sedih apabila tak dapat join certain2 program yang dianjurkan UPSI.

Lantas aku terfikir, yang menjadi penghalang aku ialah aku sendiri bukan UPSI.

Di kelas aku sahaja ada 100 org belum termasuk kawan2 dr kelas lain.Aku bercadang nak buat program di rumah anak yatim sekitar sini, antaranya gotong royong,jamuan makan,bengkel bahasa inggeris, sesi kaunseling.mungkin boleh tolong buatkan blog untuk rumah2 anak yatim ini juga.

Aku percaya teman2 sekelas pasti akan menyokong dan ini adalah permulaan kepada apa yang aku selalu ingin buat.Harapan aku bergantung kepada teman2 rapat mcm Fathiah,Tuan, Naematul,Ayu dan Fiza.

Aku berharap sgt mereka akan menyokong usaha aku ni.Amin

No comments:

Post a Comment